Tuesday 18 January 2011

AMARAH!!

Kenapa kita marah? Sebab ada sesuatu yg kita tidak suka dan membuat hati menjadi sakit. Lebih-lebih lagi bila sesuatu yang diluar kuasa kita. Kita akan semakin marah bila perasaan marah tu tidak diambil tindakan. Ada orang kata, bawa bertenang.. ada orang kata, sibuk kan diri.. dan ada orang kata.. "biarkan saja, jangan terlalu difikirkan".....

Tapi ada kita perasan tak, bila kita marah, apa jer nasihat pun takkan masuk kedalam otak yg penuh dengan kemarahan tu. Cuma diri kita sendiri jer yang dapat menenangkan segala fikiran yang bercelaru. Susah juga nak reda kan perasaan marah ni.

Sesetengah orang, mempunyai kawan-kawan dan orang tersayang sebagai tempat mengadu. Kadang-kadang, hati pun jadi tenang selepas mengadu kepada mereka. Dan ada juga yang lebih 'destructive', bila marah je.. abis la orang kiri kanan dia makan. Tapi yang lebih bahaya ialah mereka yang bila je marah, akan diamkan diri dan simpan kemarahan tu didalam badan.. sehingga sampai suatu masa, kemarahan yang terkumpul itu meletup dengan sekali letupan yang teramat besar.

Hadoi... macamanalah nak layan jiwa yang tengah marah ni. Bawak solat, amik air wudhu` dan baca ayat-ayat al-Quran. Wassalam.

ps: relax............................

No comments: